Assalamualaikum.
Apa Khabar semua?
Saya Mohd Khairul b Kamaruddin ingin memperkenalkan diri. Sebelum ini
saya pernah mempunyai sebuah blog, iaitu di khairulkamaruddin.blogspot.com.
Namun, telah lama tidak aktif posting dan akaun blog itu tidak boleh diakses
lagi. Jadi, saya pun buat blog yang baru ini.
Saya pun tidak pasti sama ada sekarang ini orang masih lagi
menggunakan blog atau tidak. Namun, sekiranya saya ketinggalan maklumat atau
ketinggalan zaman saya menjadikan blog ini sebagai pengasah bakat dalam bidang penulisan.
Di samping itu, saya menjadikan blog ini sebagai tempat menyimpan
nota-nota dan maklumat-maklumat penting. Seperti blog saya yang sebelum ini,
saya jadikannya sebagai rujukan apabila saya memerlukan nota atau maklumat yang
pernah disiarkan di blog tersebut. Oleh itu, hal ini telah memudahkan saya.
Saya juga berharap, penulisan saya ini menjadi salah satu cara saya
menyampaikan dakwah, nasihat, perkongsian ilmu, maklumat, pandangan dan idea,
dan berkongsi cerita. Pada saya tidak salah kalau sesuatu perkongsian itu
adalah perkongsian yang baik dan bermanfaat. Dalam masa yang sama mengajak
kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Baiklah, setakat ini tulisan saya pada kali ini. Selamat berjumpa
kembali. Sekian, terima kasih.
Khairul Kamaruddin
Selangor
20 Ogos 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan