Pada kali ini saya ingin kongsikan hadis berkenaan dengki. Seperti yang
kita sedia maklum, dengki adalah sifat yang buruk. Namun begitu, kita dibenarkan
bersikap dengki dalam dua keadaan sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi
Muhammad s.a.w ini.
Saya bawakan tiga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي
قَيْسٌ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ
اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ
حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah
menceritakan kepada kami Yahya dari Isma'il berkata, telah menceritakan kepada
saya Qais dari Ibnu Mas'ud radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Nabi
Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Tidak boleh iri (dengki) kecuali
kepada dua hal. (Iaitu kepada) seorang yang Allah berikan kepadanya harta lalu
dia menguasainya dan membelanjakannya di jalan yang haq (benar) dan seorang
yang Allah berikan hikmah (ilmu) lalu dia melaksanakannya dan mengajarkannya
(kepada orang lain) ". (HR. Bukhari)
حَدَّثَنَا
أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي سَالِمُ
بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا
عَلَى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ
وَرَجُلٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ.
Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman telah mengkhabarkan kepada
kami Syu'aib dari Az Zuhri ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Salim bin
Abdullah bahawasanya; Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma berkata; Aku
mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak
diperbolehkan hasad kecuali pada dua hal, iaitu; Seorang yang dikurniakan al-Quran
oleh Allah sehingga ia membacanya (solat dengannya) di pertengahan malam dan
siang. Dan seseorang yang dikurniakan harta oleh Allah sehingga ia menginfakkannya
pada malam dan siang hari." (HR. Bukhari)
حَدَّثَنَا
عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ
سَمِعْتُ ذَكْوَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ عَلَّمَهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ
فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ فَسَمِعَهُ جَارٌ لَهُ فَقَالَ
لَيْتَنِي أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ فُلَانٌ فَعَمِلْتُ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ وَرَجُلٌ
آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُهْلِكُهُ فِي الْحَقِّ فَقَالَ رَجُلٌ لَيْتَنِي أُوتِيتُ
مِثْلَ مَا أُوتِيَ فُلَانٌ فَعَمِلْتُ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ.
Telah menceritakan kepada kami Ali bin Ibrahim telah menceritakan
kepada kami Rauh telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Sulaiman Aku mendengar
Dzakwan dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidak diperbolehkan hasad kecuali pada dua perkara, iaitu; Seseorang
yang telah diajari al-Qur`an oleh Allah, sehingga ia membacanya di pertengahan
malam dan siang, sampai jiran yang mendengarnya berkata: Kalaulah aku diberikan
sebagaimana apa yang diberikan kepada si Fulan, nescaya aku akan melakukan apa
yang dilakukannya. Kemudian seseorang dikurniakan harta oleh Allah, sehingga ia
dapat membelanjakannya pada kebenaran, lalu orang pun berkata, Seandainya aku
dikurniakan sebagaimana si Fulan, maka nescaya aku akan melakukan sebagaimana
yang dilakukannya.” (HR. Bukhari)
Saya mengira bahawa hadis ini sudah memadai untuk pedoman dalam hidup
kita. Oleh itu, marilah renungkan hadis ini dan amalkannya. Semoga kita menjadi
seperti golongan yang disebutkan dalam hadis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan