Laman Utama

Ahad, 7 Julai 2019

Kerana Kurang Membaca...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Bertemu kembali.

Sudah lama tidak bersiaran. Sudah berhabuk blog ini.

Ringkas saja mesej saya ingin katakan, iaitu apabila kurang membaca, maka kita akan kekeringan idea.

Itulah yang berlaku pada diri saya. Innalillah.

Belum Terlambat

Ya, selagi nyawa dikandung badan belum terlambat untuk membaca dan memperbanyakkan bacaan.

Sedar cepat. Baiki cepat.

Semoga diberikan idea yang mencurah-curah.

Kaya Ilmu

Jika anda ingin kaya dengan ilmu, carilah ilmu dengan banyak membaca.

Banyak khazanah ilmu terdapat dalam buku.

Oleh itu, bacalah.

Baiklah, saya tidak mahu tulis panjang-panjang. Cukuplah pesanan ini sebagai motivasi kepada diri saya dan anda untu membaca buku. 

Sekian, terima kasih.